Di bawah pemimpin yang peka akan isu-isu yang dihadapi masyarakat serta menekankan pentingnya inklusiviti atau keterangkuman, masyarakat Melayu/Islam Singapura dapat terus menghala ke arah masa depan yang lebih cerah.
Ciri-ciri tersebut ada dalam diri Perdana Menteri keempat Singapura, Encik Lawrence Wong, dan pemimpin masyarakat Melayu/Islam generasi muda melahirkan keyakinan mereka akan keupayaan pemerintah Encik Wong mengiringi masyarakat Melayu sama-sama maju...





