Pemergian Encik Lee Kuan Yew serta apa yang berlaku menyusuli kematian tersebut merupakan peristiwa “sangat pedih” bagi Perdana Menteri (PM), Encik Lee Hsien Loong, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.
Encik Lee merupakan anak sulung tiga beradik kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew – Perdana Menteri pertama Singapura – yang meninggal dunia pada Januari 2015 pada usia 91 tahun.





