Foto serta rakaman video yang memaparkan dua pemimpin dunia bersiar-siar di taman resort The Capella Singapore di Sentosa sambil berbual boleh dinilai sebagai foto atau rakaman ‘paling berharga’ pada 2018.
Ini kerana buat julung-julung kalinya, dunia diberi peluang menyaksikan pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Encik Donald Trump, dengan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.





