Sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak, Cik Sanesa Salleh memahami akan pentingnya memupuk penggunaan dwibahasa dalam kehidupan harian sejak usia yang muda.
Justeru, apabila beliau mendapat tahu tentang program Penterjemah Masyarakat pada 2019, penyelia praktikum adjung di Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) itu rasa terpanggil untuk menyertainya kerana ingin memainkan peranan menggalak kedwibahasaan serta memastikan bahasa Melayu digunakan dengan betul...





