Sebuah badan yang menggalak pengembangan seni Melayu dan menjaga kebajikan penggiat seni Melayu Singapura, Prihatin Singapore Limited, telah dilancarkan dalam acara penuh meriah di Istana@Promenade, Marine Parade Central, pada 3 Mei.
Acara, dinamakan ‘Syawal Nan Prihatin’, menyaksikan kehadiran sekitar 400 orang termasuk penggiat seni Melayu tanahair, merangkumi pemuzik, pelakon, penari dan karyawan seni, telah dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam...





