Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau telah mempersiapkan sebuah pasukan pemimpin untuk menggantikan beliau dan mereka layak mendapat keyakinan dan sokongan rakyat, dan meminta semua warga bersatu menyokong pasukan itu untuk memastikan kejayaan negara.
Meskipun masa depan dipenuhi ketidaktentuan dan cabaran, Singapura telah membina asas yang kukuh bagi generasi masa depan terus menulis bab baru dalam kisah Singapura,...





