KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sedang pertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata terdapat beberapa prosedur tertentu perlu diteliti sebelum pelaksanaannya.





