JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menumpaskan cubaan menyeludup 22 juta batang rokok putih yang berselindung di sebalik muatan mainan plastik dalam dua kontena, hasil pemeriksaan berasingan di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, di sini.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata keseluruhan rokok dianggarkan bernilai RM18.5 juta ($5.26 juta) termasuk...





