Menyediakan perpustakaan dapat mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengembangkan minat membaca dalam dunia yang semakin digital, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Menyatakan demikian di pelancaran perpustakaan mini oleh Jamiyah Singapura yang terletak di Jampacked@West Coast itu pada 21 April, Encik Lee berkata usaha mewujudkan perpustakaan mini sedemikian memerlukan sokongan masyarakat, selain menyediakan platform bagi individu lain untuk tampil menyumbang.





