KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu yang dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Encik Rosdi Harun, menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 ($1,136) selepas Nurfifi Amira Nawi, 37 tahun, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu)...





