DUBAI: Hujan lebat dan banjir kilat melanda sebahagian wilayah Teluk, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang di Oman dan menyebabkan gangguan perjalanan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) hingga 17 April.
Di Oman, yang bersempadan dengan UAE di timur, hujan berasingan mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk “kira-kira 10 pelajar sekolah yang dihanyutkan dalam kenderaan bersama seorang dewasa”.





