Keupayaannya bertutur dalam bahasa Melayu, perhatiannya kepada isu dan cabaran kaum minoriti serta kepekaannya terhadap keprihatinan masyarakat Islam di Singapura menjadikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ketua negara yang dikenang, dihormati dan disanjungi.
Menyusuli pengumuman bahawa Encik Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei nanti, beberapa Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) telah menyingkap sumbangan dan jasa beliau kepada negara khususnya kepada...





