Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Encik John Lee, menegaskan semula hubungan rapat dan lama antara Singapura dengan Hong Kong, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Kededua pemimpin bertemu di Hong Kong pada 12 April semasa lawatan selama enam hari Encik Heng ke Republik Rakyat China (PRC).





