Hubungan S’pura, Hong Kong diperkukuh hasil lawatan DPM Heng ke China

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan S’pura, Hong Kong diperkukuh hasil lawatan DPM Heng ke China

Apr 12, 2024 | 5:35 PM

Hubungan S’pura, Hong Kong diperkukuh hasil lawatan DPM Heng ke China

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat (kanan) bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Encik John Lee pada 12 April semasa lawatan rasminya ke Republik Rakyat China.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat (kanan) bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Encik John Lee pada 12 April semasa lawatan rasminya ke Republik Rakyat China. - Foto MCI

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Encik John Lee, menegaskan semula hubungan rapat dan lama antara Singapura dengan Hong Kong, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Kededua pemimpin bertemu di Hong Kong pada 12 April semasa lawatan selama enam hari Encik Heng ke Republik Rakyat China (PRC).

Dalam satu kenyataan pada 12 April, MFA menambah: “Mereka membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang kepentingan bersama seperti perdagangan, inovasi, penyelidikan, dan pendidikan, antara lain.

“Timbalan Perdana Menteri Heng melahirkan keyakinan terhadap pembangunan dan kemakmuran Hong Kong yang berterusan di bawah rangka kerja “Satu Negara, Dua Sistem”.”

Pada hari sama, Encik Heng turut ke Shenzhen dan bertemu Mayor Shenzhen, Encik Qin Weizhong.

Encik Heng, juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, telah berada di China sejak 7 April dan bakal pulang ke tanah air pada 12 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg