Penyiasat keselamatan pengangkutan mendapati kerosakan pada wayar dan penebat kabel, dan adanya cecair pada alat hiburan dalam penerbangan (IFE) Singapore Airlines (SIA), mungkin penyebab insiden asap dan kebakaran semasa penerbangan, kira-kira setahun lalu.
Seorang pramugari terpaksa menggunakan tiga alat pemadam api pada panel IFE, semasa penerbangan dari Tokyo ke Los Angeles pada 27 Mac 2023.





