Seorang pegawai bomba dibawa ke hospital kerana keletihan haba selepas satu kebakaran di sebuah kawasan perindustrian di Defu Lane pada awal pagi 3 April.
Seorang lagi individu turut dibawa ke Hospital Besar Sengkang (SKGH) akibat kebakaran itu, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook.





