JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menegaskan pada 25 Mac akan haknya untuk mengekalkan jawatan Speaker di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), selepas memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya 14 Februari.
Setiausaha Agung PDI-P, Encik Hasto Kristiyanto, memberi amaran kepada pesaing terdekatnya, Parti Golkar, supaya mengelak daripada cuba merampas jawatan Speaker Dewan itu.





