JOHOR BAHRU: Sebanyak 80 premis perniagaan termasuk rangkaian kedai serbaneka yang dikaitkan dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah, diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada 20 Mac.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata operasi bersepadu besar-besaran itu membabitkan kesemua 10 daerah di negeri itu dan diadakan secara serentak.





