KUALA LUMPUR: Semua pasar raya di Malaysia perlu mengambil iktibar kecuaian pasar raya KK Mart menjual stoking tertera kalimah Allah dan perkara itu adalah tanggungjawab yang tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata isu stoking dengan kalimah Allah itu terkelas dalam isu 3R iaitu melibatkan agama, raja dan kaum.





