POKOK SENA (Kedah): Cuaca panas melampau melanda daerah Pokok Sena, Kedah, dipercayai antara sebab pesawah di situ mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 hingga 30 peratus berbanding musim lalu.
Encik Mohd Farid Shafie, 38 tahun, mendakwa beliau yang mengusahakan lebih 30 hektar sawah turut terkesan dengan suhu panas sejak sebulan lalu dan paling tinggi baru-baru ini sehingga padi menjadi ringan...





