Pakar ekonomi sektor swasta meningkatkan ramalan pertumbuhan 2024 mereka bagi ekonomi Singapura di tengah-tengah harapan terdapat peningkatan dalam permintaan global, pemulihan dalam sektor elektronik dan pertumbuhan yang lebih kukuh di China.
Pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura untuk 2024 diunjurkan pada 2.4 peratus, meningkat daripada ramalan 2.3 peratus sebelum ini, menurut tinjauan suku tahunan peramal profesional yang dikeluarkan Penguasa...





