KUALA LUMPUR: Artis versatil, Alif Satar bangga anak sulungnya, Alisha Anugerah, sembilan tahun, tidak mengambil masa lama bagi merakamkan lagu, ‘Al-Fatihah’, untuk platform penstriman digital kanak-kanak Muslim, Durioo+ walaupun hanya diperdengarkan melodi lagu pada hari rakaman.
Alif yang dilantik sebagai duta Durioo+ berkata pembabitan Alisha menerusi lagu, ‘Al-Fatihah’, berlaku secara spontan selepas anaknya menyuarakan hasrat untuk menjadi suara latar bagi...





