JAKARTA: Beberapa aduan mengenai pelanggaran data dalam daftar pemilih 2024 dan ketidaktepatan dalam platform penjadualan baharu telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) yang dikatakan sudah bermasalah dan keupayaannya untuk menentukan keputusan pilihan raya 2024 dengan pasti.
Sejurus selepas bermulanya proses pengiraan jumlah undi pada 28 Februari, Pengerusi KPU, Encik Hasyim Asy’ari, menangguhkan prosiding selama beberapa jam...





