Meskipun Singapura mengiktiraf hak Israel mempertahankan diri selepas serangan 7 Oktober, respons ketenteraannya di Gaza sudah melampaui batas, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada 29 Februari.
Tindakan itu sekali gus mewujudkan situasi runcing yang memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada mereka yang terjejas, tambahnya.





