Bagi mengurangkan kesan penutupan Akaun Khas (SA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF), Anggota Parlimen (AP) menggesa pemerintah supaya menimbang isu keperluan persaraan dan keperluan kewangan jangka panjang terutama bagi mereka yang sudah mencecah 55 tahun.
Beberapa AP menyuarakan keprihatinan mereka mengenai penutupan SA bagi individu berusia 55 tahun semasa bahas Belanjawan di Parlimen pada 26 Februari, termasuk bagaimana langkah itu menjejas...





