DBS dan Sheng Siong merancang membantu sehingga 1,000 syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam rangkaian bekalan pengendali pasar raya itu untuk menerapkan amalan kemampanan dalam perniagaan.
Program tersebut yang akan dijayakan sepanjang dua tahun akan datang, akan memperkenalkan satu program kemampanan yang dihasilkan secara bersama oleh DBS dan Sheng Siong.





