Sekumpulan asatizah menghadiri bengkel penulisan dalam kursus yang dikendalikan Berita Harian (BH) pada 17 Februari di pejabat BH.
Bengkel dua hari yang dianjurkan bersama Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) itu bertujuan untuk melengkapkan asatizah dengan kemahiran menulis, sebagai sebahagian daripada kerja mereka sebagai pendakwah.





