SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Asatizah ikuti bengkel penulisan anjuran BH, Pergas

Asatizah ikuti bengkel penulisan anjuran BH, Pergas

Feb 18, 2024 | 5:30 AM

Asatizah ikuti bengkel penulisan anjuran BH, Pergas

Sekumpulan asatizah menghadiri bengkel penulisan dalam kursus yang dikendalikan Berita Harian (BH) pada 17 Februari di pejabat BH.

Bengkel dua hari yang dianjurkan bersama Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) itu bertujuan untuk melengkapkan asatizah dengan kemahiran menulis, sebagai sebahagian daripada kerja mereka sebagai pendakwah. 

Hari pertama kursus itu menampilkan Timbalan Editor Berita, Berita Harian, Encik Norman Sawi.

Seramai 25 asatizah hadir untuk kursus yang diambil kira sebagai latihan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE).

Pegawai asatizah yang bertugas dan juga peserta bengkel, Ustazah Maisurah Mohamed Rafii, 26 tahun, berkata kursus ini telah memperkenalkan aspek penulisan kewartawanan, dan cara menyampaikan berita dan maklumat dengan efektif dan dapat menarik perhatian pembaca.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg