Isi rumah warga Singapura akan menikmati sedikit kelegaan jangka pendek menerusi peningkatan ke atas Pakej Jaminan $1.9 bilion yang merangkumi baucar tambahan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), rebat U-Save dan rebat perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC).
Dalam menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata meskipun keadaan ekonomi dijangka bertambah baik...





