Beliau merupakan atlet yang meraih beberapa pencapaian membanggakan untuk sukan tinju negara.
Petinju pertama untuk mewakili Singapura di temasya Sukan Olimpik pada 1972 di Munich, Jerman, beliau kemudian mengharumkan nama negara ketika menang pingat gangsa di Sukan Komanwel 1974 – ia juga pingat tinju pertama dan satu-satunya buat Singapura dalam temasya sukan itu.





