REMBAU (Negeri Sembilan): Di sebalik pendedahan beberapa siri siasatan dipercayai rasuah di Malaysia mutakhir ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau memberi arahan kepada agensi penguatkuasaan untuk menahan atau menggeledah rumah individu tertentu untuk diambil tindakan.
Beliau menegaskan tidak bertindak sedemikian, sebaliknya hanya memberikan arahan umum kepada agensi penguat kuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya...





