Isu kesihatan mental akan mendapat sorotan Parlimen apabila lima Anggota Parlimen (AP) ahli Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Kesihatan mengemukakan sebuah usul berkaitannya semasa Dewan bersidang pada 6 Februari.
Bertajuk ‘Memajukan Kesihatan Mental’, usul itu bertujuan mendapatkan sokongan Parlimen untuk mengiktiraf kepentingan kesihatan mental sebagai isu kesihatan, sosial dan ekonomi, sambil menyeru pemerintah supaya melaksanakan strategi nasional bagi meningkatkan kesihatan...





