Dua tahun lalu, beliau dipenjara sembilan bulan kerana mencampakkan koktel Molotov ke rumah keluarga bekas isterinya pada 2020 hingga menyebabkan satu kebakaran apabila botol itu berkecai.
Tidak tahu bagaimana untuk mengawal kemarahan dahulu, Encik Ismail Didih Ibrahim, 39 tahun, perlahan-lahan belajar bagaimana untuk mengawal emosinya apabila menyertai program THK Brotherhood kendalian badan amal Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC).





