Sektor perkhidmatan sosial digemparkan dengan kes remaja perempuan berusia 16 tahun yang didera secara seksual oleh seorang lelaki yang berniat mengambilnya sebagai anak angkat, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.
Beliau menambah, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan melancarkan lebih banyak kaedah bagi memastikan sistem dalam membuat keputusan melapor keganasan keluarga...





