Entah bila suhu politik Malaysia boleh reda. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pula timbul kisah Langkah Dubai, yang dikatakan gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun baru setahun jagung umurnya selepas dibentuk pada 2 Disember 2022 usai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), banyak juga onak dan cabaran perlu dilalui Kerajaan Madani ini. Ternyata, bukan...





