BEIJING: Salah satu gempa bumi paling kuat di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 149 orang, di kawasan terpencil di barat laut, menurut media pemerintah, dengan dua orang masih hilang selepas gegaran magnitud 6.2 melanda seminggu lalu.
Pusat gempa yang melanda wilayah Gansu dan Qinghai itu, ditemui di kawasan penduduk keturunan Hui, yang terdiri daripada kaum minoriti Islam...





