KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan untuk melakukan tinjauan dan pemantauan berkala terhadap premis perniagaan di sekitar ibu kota.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dibanteras sebaiknya.





