KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini, yang dikatakan milik keluarga mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat yang bertarikh 18 Disember itu disiarkan pada 20 Disember melalui ruangan pemberitahuan satu portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Encik Ahmad Akram Gharib.





