Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) mendapat sambutan baik bagi Program Sijil Pengajian Islam Remaja yang dimulakan pada 2023.
Program Sijil Pengajian Islam Remaja bertujuan mempelajari dan memahami pengajian agama seperti Tauhid, Fiqh, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sirah, Tajwid dan Al-Quran. Sukatan pelajaran pengajian ini setara dengan peringkat Sijil Pengajian Islam bagi memenuhi keperluan penuntut remaja yang ingin mengikuti pengajian secara berstruktur.





