Seorang lelaki, yang isteri baru dinikahi meninggal dunia dalam nahas motosikal, didakwa pada 20 Disember atas tuduhan menyebabkan kematian isterinya dengan menunggang motosikal tanpa cermat dan perhatian sewajarnya.
Muhammad Zahid Abdul Gaffar, 30 tahun, dan Allahyarhamha Yasmin Abdullah, 26 tahun, baru tiga minggu mendirikan rumah tangga apabila tragedi nahas jalan raya itu melanda pada 20 Februari.





