Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa cuai tunggang motosikal, sebabkan kematian isteri dalam nahas

Dec 20, 2023 | 5:51 PM
TRAGEDI SELEPAS BERGELAR PENGANTIN BARU: Muhammad Zahid dan Allahyarhamha Yasmin baru mendirikan rumah tangga selama tiga minggu apabila tragedi nahas jalan raya melanda pada 20 Februari lalu.
TRAGEDI SELEPAS BERGELAR PENGANTIN BARU: Muhammad Zahid dan Allahyarhamha Yasmin baru mendirikan rumah tangga selama tiga minggu apabila tragedi nahas jalan raya melanda pada 20 Februari lalu. - Foto fail

Seorang lelaki, yang isteri baru dinikahi meninggal dunia dalam nahas motosikal, didakwa pada 20 Disember atas tuduhan menyebabkan kematian isterinya dengan menunggang motosikal tanpa cermat dan perhatian sewajarnya.

Muhammad Zahid Abdul Gaffar, 30 tahun, dan Allahyarhamha Yasmin Abdullah, 26 tahun, baru tiga minggu mendirikan rumah tangga apabila tragedi nahas jalan raya itu melanda pada 20 Februari.

Ketika kemalangan berlaku, Allahyarhamha Yasmin sedang membonceng motosikal dan dalam perjalanan ke tempat kerja bersama suaminya.

Menurut dokumen mahkamah, Muhammad Zahid menunggang motosikalnya di Ekspreswe Tampines (TPE) menuju ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) sekitar 8 pagi pada hari itu apabila dia dikatakan gagal memberi perhatian dengan betul, lapor The Straits Times (ST).

Motosikalnya kemudian melanggar satu lagi motosikal lain dan bahagian belakang sebuah bas mini.

Nahas tersebut meragut nyawa isterinya, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di sebuah klinik gigi di Upper East Coast Road.

Menurut sijil kematian yang dilihat Berita Harian pada Februari lalu, Allahyarhamha Yasmin meninggal akibat pelbagai kecederaan.

Dalam satu catatan Facebook sebelum ini, kakak Muhammad Zahid menjelaskan kecederaan yang dialami adiknya “amat serius”. Adiknya juga perlu menjalani beberapa pembedahan.

Persidangan sebelum perbicaraan (PTC) bagi kes Muhammad Zahid akan diadakan pada 19 Januari 2024.

Bagi kesalahan menyebabkan kematian seseorang dengan memandu atau menunggang kenderaan dengan cuai, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga enam tahun dan didenda sehingga $20,000.

Februari lalu, pihak polis turut menyatakan seorang lelaki berusia 54 tahun, yang merupakan pemandu bas mini tersebut, telah ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan nahas itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg