KUALA LUMPUR: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang bagi menyelaraskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu bahawa ajaran seorang lelaki dari Syria, Mhd. Mohib Khouli Nazem, adalah sesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata wujud keperluan untuk menyelaraskan keputusan di peringkat negeri berkenaan perwartaan ajaran sesat ke...





