Kos sara hidup yang meningkat sentiasa mengganggu fikiran pencari nafkah tunggal, Encik Mohammad Kamal Abdullah, yang sedang cuti sakit dan tidak lagi meneruskan tugas sebagai penyelia pekerja pembersihan kerana ketumbuhan di kakinya.
Bapa lima anak yang berusia empat hingga sembilan tahun itu hanya boleh kembali bekerja selepas beliau menjalani pembedahan pada Mac 2024. Isteri beliau pula merupakan seorang suri rumah.





