Daya usaha baru telah dilancarkan untuk menyelaraskan pendidikan robotik di Singapura, memandangkan permintaan industri bagi kemahiran berkaitan robotik berkembang pesat.
Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star) telah bekerjasama dengan tujuh Institut Pengajian Tinggi (IHL) tempatan untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan berkaitan Sistem Operasi Robot (ROS) – platform sumber terbuka yang digunakan secara meluas dalam pembangunan dan kawalan robot.





