Dua warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri, Suderman Samikin, 51 tahun, dan Mustafa Sultan Ali, 60 tahun, dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai 2023 selepas menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan mereka.
Satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Khamis berkata Suderman dan Mustafa dibebaskan selepas mereka dinilai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan...





