KUALA LUMPUR: Artis versatil, Alif Satar, kurang selesa dengan pujian diberikan pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berhubung keperibadiannya seperti yang dimuat naik dalam aplikasi X, baru-baru ini.
Bagi Alif, 33 tahun, beliau bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian seperti itu kerana berasa dirinya masih mempunyai kekurangan.





