Kerjasama erat tiga pihak melibatkan pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan boleh berlaku di Singapura disebabkan pendekatan “propertumbuhan” dan “propekerja” pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Rabu.
Berucap di Persidangan Perwakilan Kebangsaan (NDC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) 2023, Encik Lee berkata jalinan itu memberi Singapura “kelebihan yang besar dan berkekalan” sedang negara ini...





