Meskipun dalam dunia yang rumit tanpa kestabilan strategik dan ketidaktentuan dari segi perdagangan, sebenarnya terdapat lebih banyak peluang buat Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa menggulung lawatan rasmi enam hari beliau ke Amerika Syarikat untuk menghadiri forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).
Terdapat banyak petanda bahawa Singapura masih berhasil dan ada ruang untuk berkembang, kata beliau kepada media...





