Pengendali ruang kerja bersama, WeWork, berkata pada Selasa perniagaannya di Singapura diteruskan seperti biasa, walaupun syarikat yang tersenarai di Amerika Syarikat itu memfailkan pengisytiharan muflis di bawah Bab 11 di Amerika.
Jurucakap syarikat itu memberitahu The Straits Times (ST) bahawa pada masa ini, operasi WeWork di Singapura tidak terjejas kerana perniagaannya di sini bukan sebahagian daripada prosiding muflis syarikat itu...





