Majikan digesa memberi ganjaran kepada pekerja dengan kenaikan gaji yang adil dan mengadakan bayaran berubah-ubah bagi menangani tekanan kos sara hidup tinggi, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew.
Menyatakan demikian semasa sidang media bersama bagi mengumumkan garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) yang dikeluarkan pada Selasa, Cik Liew menggesa majikan agar melaksanakan Garis Panduan NWC 2023/2024...





